Hari Terbuka Pusat Internet Sibuluh

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PI1M Sibuluh telah diadakan di Pusat Internet Sibuluh pada hari Sabtu, 14 Julai 2018, bermula jam 9 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet Sibuluh sebagai pusat sehenti masyarakat setempat yang berkaitan dengan ICT dan Keusahawan terutamanya bagi usahawan dalam talian.

Antara aktivti yang telah diadakan adalah E-Waste, Bengkel Membuat Beg Clucth, Advokasi dan Taklimat, Game ICT Fun, Taklimat E-Rezeki dan Sarawak Produk. Seramai 50 orang pengunjung telah hadir menyertai aktviti yang disediakan. Selain aktiviti tersebut, turut diadakan penyampaian sijil untuk 22 orang pelajar SK Grogo yang telah menyertai Program Celik IT anjuran PI Sibuluh yang bertarikh 16 – 18 April 2018 yang lalu.

Program Hari Terbuka Sibuluh tamat pada jam 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali